10 Penapis Air Terbaik Di Malaysia (2023)

Air bersih, selamat dan bebas pencemaran sangat penting untuk kesihatan kita.

Itulah sebab mengapa penapis air sangat penting bagi setiap keluarga – untuk minum dan penggunaan lain seperti mencuci, mandi, dan sebagainya.

Air yang kita dapatkan setiap hari mungkin mengandungi bahan cemar seperti karat, pasir, kotoran, pepejal terlarut, logam berat, rasa dan bau klorin. Bahan cemar ini akan memberikan kesan buruk pada kesihatan.

Penapis air sangat membantu menapis kotoran dan bahan kimia tersebut supaya air yang telah ditapis itu selamat untuk diminum oleh anda sekeluarga.

Tapi perlu diingatkan bahawa hanya beberapa jenama penapis air sahaja yang mampu membersihkan bahan-bahan yang tercemar itu dengan sepenuhnya.

Oleh sebab itu, kami telah senaraikan 10 penapis air terbaik di Malaysia untuk anda.

10 Penapis Air Terbaik Di Malaysia

3M-CTM-01-SE-Indoor-Drinking-Water-Filter-1-600x600-1

1. 3M Countertop Drinking Water System CTM-01 SE

Penapis Air “3M Countertop Drinking Water System CTM-01 SE” adalah satu jenama penapis air yang terkenal di pasaran.

nsf

Persijilan NSF

Salah satu sebab kenapa ianya berada pada pilihan pertama kerana jenama ini mempunyai persijilan antarabangsa yang disahkan oleh NSF (National Sanitation Foundation) dari US.

Apa yang mereka buat adalah memastikan produk yang diuji menepati piawaian yang ditetapkan. Jadi, untuk anda yang mencari penapis air terbaik, pastikan ianya mempunyai persijilan NSF. Kalau tak ada, sebolehnya cuba elakkan.

Walaupun bersaiz mini tapi jenama ini berteknologi tinggi dan mampu membekalkan air minuman bersih kepada pengguna.

Biasanya air paip yang disalurkan ke rumah terdedah kepada pelbagai pencemaran seperti karat, habuk, lumpur, pasir dan kemungkinan besar punca air sendiri sudah tercemar.

Semua kotoran tu kita boleh nampak kan. Bagaimana pulak dengan kotoran yang tak nampak?

Sebab itulah penapis air ini dilengkapi dengan penapis sekecil 0.5 micron yang mana berupaya untuk menapis bahan-bahan pencemaran dalam air, berkebolehan menapis air daripada sebarang bakteria dan menapis semua bahan kimia termasuk sisa-sisa klorin.

Secara tak langsung, air yang anda minum jadi lebih bersih, jernih, dan menpunyai rasa yang lebih baik.

Penapis air 3M Countertop Drinking Water System CTM-01 SE juga direka untuk kemudahan anda seperti:

  • Kapasiti penapis yang tahan lama.
  • Mempunyai campuran bahan khas untuk mengurangkan pertumbuhan bakteria dalam penapis.
  • Kartrij penunjuk hayat (cartridge life indicator) yang membantu memantau penggunaan penapis.
  • Kartrij mudah dipasang yang membolehkan anda mengganti kartrij dalam masa kurang dari 10 saat.
  • Reka bentuk yang slim dimana ianya boleh diletak atas kaunter atau pada dinding rumah untuk menjimatkan ruang.

Jadi, jika anda menginginkan produk penapis air yang dijamin selamat dan air yang bersih untuk diminum, pada kami, penapis air 3M adalah salah satu penapis air yang terbaik dalam pasaran.

Ulasan Pelanggan untuk 3M Countertop Drinking Water System CTM-01 SE

Product arrived just within two days. Though I need a faucet adaptor as my kitchen faucet is of different size than 3M’s, I managed to install it within few minutes after getting a faucet adaptor. 3M also provides extra six months extra warranty when you register on their website. seller is responsive and I’m happy. Overall, it’s good.

Jon N.

Hi There I am thrilled to report the item arrived safe and sound and is doing its job, driving my item. Thank you very much.

XAMMAX’s customer from Shopee

Panasonic-water-purifier-TK-CS20

2. Penapis Air Panasonic TK-CS20

Jika anda mencari penapis air jenama Panasonic, Panasonic TK-CS20 adalah penapis air yang mudah dipasang dan mampu menapis air sebanyak 6 liter dalam masa satu minit.

Maknanya, anda boleh mengisi botol yang bersaiz 1L hanya dalam 10 saat sahaja! Tambahan pula, reka bentuk yang kompak bermakna produk ini sesuai diletakkan di ruang yang sempit dan terhad di dapur.

Panasonic-water-purifier

Selain itu, di dalam katrij Panasonic ini terdapat gabungan dua bahan iaitu (non-woven fabric) dan (powdered activated carbon) yang bertindak sebagai penapis untuk menghilangkan 95% sisa klorin dan 90% kekeruhan dari air.

Fungsi non-woven fabric ialah menyekat zarah-zarah debu dan kotoran kasar di dalam air manakala powdered activated carbon bertindak menapis sebahagian besar bahan cemar seperti klorin, karat, dan sedimen halus.

Jangka Hayat Kartrij Panjang

Penapis air ini juga mempunyai jangka hayat katrij yang panjang yang mana boleh bertahan sehingga 12,800 liter penggunaan.

Bayangkan setiap ahli keluarga meminum 8 gelas air sehari (jumlah yang disyorkan) bersamaan dengan 2 liter, satu kartrij penapis boleh bertahan sekitar 3 tahun untuk keluarga 6 orang, menjadikan ini penapis air terbaik untuk keluarga besar dan dan kegunaan di pejabat kecil.

Yang penting, penapis air ini mampu menyediakan sumber air minuman harian yang bersih dan selamat daripada bahan-bahan berbahaya untuk keluarga anda.

Ulasan Pelanggan untuk Penapis Air Panasonic TK-CS20

Good product, i’ve been using the smaller size for almost 7 years. now bought a bigger one. My wife said a bit big for 4 family members. i do appreciate the indicator function.

Nabil F.

cuckoo-vivid

3. Cuckoo Vivid

Nak tangki air panas paling besar? Penapis Air Cuckoo Vivid direka khas bagi mereka yang gemarkan pengambilan air panas dan suhu bilik dalam kehidupan seharian.

Tak hairanlah ramai yang memilih jenama Cuckoo sebagai jenama yang menyediakan produk penapis air yang berkualiti tinggi dalam menjaga kesihatan keluarga mereka.

Tangki Besar

Penapis air Cuckoo Vivid ini didatangi dengan tangki yang bersaiz 5 liter untuk air panas dan 1.3 liter untuk air suhu bilik. Malah, ianya turut disediakan dengan Sistem Tapisan Nano Positif (Positive Nano Filtration) yang bertujuan untuk menghasilkan air yang bersih, selamat dan berkualiti untuk diminum.

Untuk memiliki produk penapis air Cuckoo Vivid ini, anda tidak perlu risau jika mempunyai anak yang masih kecil. Ini kerana fungsi keselamatan iaitu Child Safety Lock telah disediakan bagi mencegah kanak-kanak menekan air panas tanpa sengaja, sekaligus dapat mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini. Malah, butang air panas juga dilengkapi dengan indikator suhu air panas.

Ulasan Pelanggan untuk Cuckoo VIVID

No reviews yet.


coway-neo-plus-water-purifier

4. Coway GLAZE

Penapis air Coway kini semakin terkenal di seluruh Malaysia kerana harga dan ciri spesifikasi penapis air berpatutan yang ditawarkan.

Penapis Air Coway Glaze ini adalah model air tulen terbaru di Coway. Model Glaze ini menggunakan teknologi paparan digital yang mudah digunakan, mempunyai 4 suhu pilihan (1 suhu panas, 2 sejuk dan 1 suhu bilik) dan 3 pilihan kapasiti air (120ml, 250ml & 500ml) mengikut kesukaan anda, sangat sesuai untuk seisi keluarga dari saiz kecil hingga sederhana.

Rekaan model ini adalah minimalis dan berkonsepkan design digital yang moden. Menggunakan warna putih matte menjadikan ia sangat sesuai dipadankan dengan kombinasi warna di ruang dapur.

Eco Mode Mengjimatkan Elektrik

Penapis air Coway model ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri jimat elektrik iaitu fungsi Eco Mode. Melalui fungsi ini, penapis Coway Glaze secara automatik akan mengurangkan tahap operasi motor dan pemanas (heater) menjelang waktu malam. Ini bertujuan untuk menjimatkan tenaga elektrik, sekaligus dapat mengurangkan bil elektrik di rumah.

Penapis air Glaze Coway merupakan model penapis air pertama di pasaran yang mempunyai sistem COLD+. Ia merupakan rekaan tangki air yang memaksimakan kapasiti pengeluaran air sejuk. Tidak perlu risau lagi sekiranya air sejuk anda kehabisan!

Glaze Coway lebih sejuk dari biasa yang menggunakan teknologi pemisahan antara air biasa dan sejuk. Ini akan bantu mengekalkan suhu air sejuk serendah 4.4 darjah celcius! Dan model ini menggunakan tapisan air RO yang sememangnya 99% bersih dan selamat untuk diminum serta diiktiraf Badan Kesihatan Dunia.

Ulasan Pelanggan untuk Penapis Air Coway P07IU

The filter that included in this unit is a microfilter which helps to remove chlorine, dust and sand. I will use UF (Ultra Filtration) filter in the upcoming replacement, which filters bacteria.

Mohd S.

Good value for money. Nice sleek design, does not take much space. Easy to install. Fast water flow.

Hanis K.

diamond-classic

5. Penapis Air Diamond Classic

Mungkin ramai yang tak biasa dengar nama Penapis Air Diamond Classic berbanding dengan jenama penapis air yang lain.

Hakikatnya, Diamond Classic adalah penapis air yang sangat popular di Malaysia. Sistem Air Mineral Diamond memang unik. Di dalamnya terdapat batu-batu seramik kecil yang diperbuat daripada batu mineral semula jadi berjuta-juta tahun. Ia boleh mengubah air paip biasa kepada air yang sebaik air mineral semula jadi.

Tambahan pula, ianya mempunyai volume penapisan air setinggi 1.5 liter per minit, dengan tekanan air sekitar 40PSI.

Dari segi reka bentuk, penapis air ini mempunyai berat 7kg dan bertambah menjadi 11kg apabila diisi dengan air. Mungkin nampak sedikit besar dengan saiz 275mm (W) X 342mm (H) X 218mm (L) jika dibandingkan dengan penapis air moden yang lain tetapi kombinasi warna hitam putih mampu menambah keanggunan ruang dapur untuk digunakan di rumah anda.

Terdapat 6 penapis di dalam Diamond Classic yang mana setiap penapis berfungsi untuk :

  • Penapis A: penapis seramik berfungsi menapis bendasing seperti keladak dan karat serta menyingkirkan bakteria
  • Penapis B: batu karbon aktif dan batu mineral semula jadi berfungsi untuk menghapuskan bahan pencemar organik, bau dan warna serta menyelaras kandungan bahan mineral dalam air.
  • Penapis C: bahan penapis ion logam berfungsi untuk menapis logam berat, klorin dan bahan kimia.
  • Penapis D: manik seramik yang bermagnetik semula jadi berfungsi untuk mengecilkan molekul air.
  • Penapis E: menstabilkan struktur molekul air dengan batu mineral semula jadi.
  • Penapis F: mengandungi ion kalsium yang dapat menyelaraskan air menjadi beralkali lemah.

Ulasan Pelanggan untuk Penapis Air Diamond Classic

No reviews yet.


elken-K200

6. Elken Bio Pure K-200

Memperkenalkan Penapis Air Bio Pure K-200, sistem penulenan air yang berteknologi tinggi yang dicipta khas untuk menyingkirkan hampir semua jenis bahan cemar termasuklah kuman dan virus untuk menghasilkan air minuman yang bersih menerusi teknologi Osmosis Songsang 5 peringkat (RO).

Penapis ini juga dapat mengeluarkan air pada 2 suhu berbeza iaitu suam dan panas. Ia mempunyai kapasiti air suam 4.3 liter+ – 0.5 liter dan panas 1.6 liter+ – 0.2 liter serta kadar penghasilan air ialah 8 liter – 10 liter sejam. Penapis yang terdapat dalam sistem penapis air ini mampu menghapuskan bahan cemar termasuklah bakteria dan virus, bahan berat serta partikel sekecil 0.0001 mikron bagi meningkatkan jangka hayat penapis dan membran tersebut.

Teknologi Reverse Osmosis (R.O.) adalah penyelesaian yang terbaik untuk anda menikmati air dengan selamat tanpa rasa ragu-ragu. Ini kerana penapis air ini direka untuk mengubah air paip dengan menghilangkan bau yang kurang enak dan menyingkirkan segala jenis kotoran seperti logam berat, kuman dan bakteria serta bahan-bahan cemar yang lain sekaligus menjadikan rasa air lebih bersih, segar dan sedap untuk diminum.

Keselamatan kanak-kanak yang kecil juga terjamin dengan adanya ciri keselamatan yang disediakan iaitu Child Safety Lock.

Ulasan Pelanggan untuk Elken Bio Pure K-200

No reviews yet.


Bacfree-Smart-Water-Purifier

7. Penapis Air Bacfree Watero

Dalam pasaran sekarang, terdapat penapis air yang dihasilkan khususnya untuk pengguna meminum air secara terus dari paip yang dihubungkan dengan penapis air dengan selamat.

Jika anda bercadang untuk membeli mesin penapis air seperti yang dinyatakan di atas untuk kegunaan harian di rumah, salah satu daripadanya ialah Penapis Air Bacfree Watero.

Penapis air Bacfree Watero bukan sekadar menapis air tetapi membantu memanaskan air hingga 5 suhu pemanasan yang telah ditetapkan (25, 45, 60, 85, 100 celsius). 5 tetapan suhu airnya sangat sesuai untuk semua orang di rumah seperti:

  • 25°C – air minuman
  • 45°C – susu formula bayi
  • 60°C – minuman madu
  • 85°C – teh
  • 100°C – kopi

Sekiranya anda memerlukan air panas atau suam dengan kerap, ini adalah jenama yang anda boleh beli. Yang penting, ianya disahkan Halal.

watero-uf-features

Pembersih air ini juga tidak memerlukan pemasangan yang rumit. Reka bentuknya yang kompak, mudah alih dan anggun menjadikannya aksesori yang sangat menarik di dapur, ruang tamu atau meja kerja anda. Untuk semua fungsi dan ciri ini, penapis air Bacfree akan menjadi pembelian terbaik untuk kediaman atau pejabat anda.

Ulasan Pelanggan untuk Penapis Air Bacfree Watero

Watero was my choice ever since it was launched. It integrates the UF version which I like more than RO membrane. Easy to use. It replaced my countertop water filter, kettle and water jugs etc with only this one elegant unit.

fongforward

Great water filter for small family. It integrates water filter, thermos pot, kettle and water container with just one unit. The container is a little small at 3 liter though. Hopefully the unit can last long. It fulfils my requirements and considered a good product.

Tam S.

joven water filter

8. Joven JP200

Bagi pengguna yang mencari penapis air biasa dan tidak terlalu mahal, Penapis Air  Joven JP200 ini menawarkan ciri penapisan dan pembersihan air yang hampir sama dengan produk penapis air yang lain supaya ianya selamat untuk diminum.

Penapis ini didatangi dengan 3 lapisan (non-woven fabric filter) dan (powdered activated carbon) untuk memberikan kuasa penapisan yang cekap.

Sistem tapisan 3 lapisan yang berkesan ini mampu menyingkirkan 99.9% klorin daripada air paip serta bahan pencemar yang lain seperti karat, keruh, endapan dan bau yang kurang enak. Ianya penapis air yang amat berpatutan bagi seisi keluarga.

Selain itu, penapis air ini direka dengan reka bentuk yang anggun dan bersaiz kecil iaitu 215mm x 120mm x 254mm, menjadikannya tidak memerlukan ruang yang luas untuk dipasang.

Penapis air ini juga dilengkapi dengan fungsi injap dwi pilihan, air yang ditapis dan tidak ditapis. Jadi, anda boleh memilih untuk menggunakan air paip yang telah ditapis bagi kegunaan memasak dan minum atau air paip yang tidak ditapis bagi kegunaan yang lain seperti mencuci.

Saluran keluar air penapis air ini turut diperbuat daripada keluli yang tahan karat (stainless steel). Secara tidak langsung, pembentukan karat pada saluran keluar air itu dapat dihalang dan kualiti air yang bersih daripada karat terjamin.

Ulasan Pelanggan untuk Penapis Air Joven JP200

The downside is that pressure is quite low, so you cannot open the tap too big when filtering water. Also, the non-filtered tap sprays the water everywhere though. When washings dishes the water splash on the entire kitchen sink.

Leon L.

We use this water filter for our new house. At the time of writing, all existing residents have not died yet since using water from this product. It tastes like real water. Thank you for keeping us alive.

Khairul J.

9. 3M Shower Filter

Pernah tak selepas mandi anda mengalami situasi di mana kulit badan menjadi kering dan gatal serta rambut menjadi kusam dan gugur walaupun air yang digunakan itu nampak bersih?

Ramai yang beranggapan ianya berlaku disebabkan penggunaan syampu. Kulit kering dan rambut kusam ini terjadi disebabkan oleh kehadiran klorin di dalam air paip yang anda gunakan semasa mandi.

Klorin adalah bahan kimia yang digunakan untuk mencegah pertumbuhan bakteria dalam bekalan air, sanitasi untuk kumbahan dan sisa industri. Ia juga terdapat dalam beberapa produk pencuci rumah.

Keracunan klorin boleh berlaku semasa anda menelan atau menyedut klorin. Ia bertindak balas dengan air di dalam dan di luar badan (seperti air di saluran pencernaan anda) untuk membentuk asid hidroklorik. Bahan ini sangat beracun.

Klorin boleh menjadikan kulit dan rambut anda kasar dan rapuh. Tetapi dengan menggunakan 3M Shower Filter, ia akan membantu anda menapis klorin dan logam berat, punca berlakunya ruam dan gatal pada kulit dengan kadar pancuran air 8 liters/min.

Pemasangannya sangat mudah dan ia mempunyai penapis berkapasiti tinggi 50000L dengan tekanan air maksimum 125psi.

Produk ini sesuai digunakan bagi:

  • Mereka yang mempunyai bayi yang kecil.
  • Mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.
  • Mereka yang menjaga penampilan diri.

Sistem penapisnya (filter media) dan (filter casing) berfungsi dengan berkesan untuk menghilangkan bau klorin dan mineral yang dapat dilihat di dalam air yang boleh menyebabkan kegatalan dan kerosakan pada rambut dan kulit.

Ia melembutkan air pancuran yang dibuka semasa mandi, menjadikannya kurang kasar pada kulit. Untuk penapis, dicadangkan ditukar setiap 6 bulan.

3M Shower Filter ini juga mempunyai sijil pengiktirafan dari NSF International dan FDA. Ini bermakna jenama pancuran air ini boleh dipercayai dan selamat untuk digunakan berbanding dengan jenama pancuran air yang lain.

Ulasan Pelanggan untuk 3M Shower Filter

Finally received, all in good conditions. Good packaging by seller. Easy to assemble & value for money.? If you are looking for 3M filter related product, Xammax is where you shop. ?

jonathankcy88

Fast delivery although during MCO. Good product finishing quality. Not really reduce the flowrate but precaution is required during installation to avoid air blockage… Seller may advice solution since air trapped inside after the installation, air blockage has impact on flowrate

Sin C.

lg-water-filter

10. Penapis Air LG PuriCare Tankless

LG Malaysia telah membawa masuk teknologi terbaru Penapis Air LG PuriCare Tankless ke Malaysia.

Dengan teknologi tanpa tangki ni, air akan terus ditapis dalam masa beberapa saat sahaja. Ini bermakna anda boleh terus minum air yang telah di tapis dengan lebih bersih setiap masa tanpa perlu disimpan di dalam tangki penapis air dahulu.

Dengan rekaan fungsi terkini seperti Induction Heating System (IH) dan Inverter Compressor, ianya menyediakan pilihan air untuk diminum dengan segera seperti sejuk, panas dan suhu bilik.

Selain itu, penapis air ini juga turut dilengkapi dengan fungsi paip air yang boleh diubah pada 180° darjah dimana ianya membolehkan anda mengambil air dari depan, kiri ataupun kanan penapis air. Menarik kan?

lg-water-purifier-installation

Dengan sistem 3 tapisan, kualiti air yang dihasilkan lebih selamat dan baik di mana 2 penapis yang digunakan mampu untuk menyingkirkan bakteria dan bahan-bahan kotoran lain seperti kuman, logam berat, zarah-zarah yang halus dan sebagainya. Secara tidak langsung, kualiti dan rasa air dapat ditingkatkan supaya air yang diminum oleh anda tidak berbau dan lebih bersih.

Tambahan pula, rekaan penapis air LG Puricare ini tampak lebih moden dan bergaya. Anda tak perlu risau kerana penapis air ini tidak memerlukan ruang yang luas. Hanya dengan saiz 17cm sahaja dan dihasilkan tanpa tangki, ianya boleh diletakkan di mana-mana sudut yang dirasakan sesuai untuk kegunaan harian anda.

Ulasan Pelanggan untuk Penapis Air LG PuriCare Tankless

No reviews yet.


Penapis Air Mana Yang Sesuai Untuk Anda Pilih?

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak jenama dan produk penapis air yang wujud di Malaysia.

Macam-macam nama dan tawaran yang disediakan untuk menarik perhatian pengguna.

Namun, jika anda tidak ada panduan tertentu, agak pening juga untuk memilih mana satu penapis air terbaik yang praktikal digunakan di rumah.

Jadi, soalan pertama yang harus anda tanya pada diri sendiri ialah:

Jenis penapis air mana yang saya perlukan?

Biasanya, terdapat 3 jenis penapis air di Malaysia:

  • Outdoor water filter (penapis air seluruh rumah).
  • Indoor drinking water filter (penapis air di dalam rumah).
  • Water dispenser (mesin air panas dan sejuk).

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh memiliki semua 3 jenis yang dinyatakan di atas ini di rumah anda.

Akan tetapi, jika kemampuan anda terhad, perlulah memilih sekurang-kurangnya 1 penapis air yang dalam lingkungan bajet anda supaya air yang diminum adalah selamat dan sihat.

Penapis Air Pilihan Kami

Disini, kami sangat mengesyorkan 3M Countertop Drinking Water System CTM-01 SE. Kenapa?

Di bawah adalah sebab-sebab mengapa kami menganggap penapis air ini antara penapis air terbaik di Malaysia:

  • 3M Countertop Drinking Water System CTM-01 SE adalah produk yang disahkan NSF. Ini bermakna ia telah memenuhi penilaian dari piawaian antarabangsa dalam industri ini.
  • 3M digunakan secara meluas dalam industri kesihatan dan komersial di seluruh dunia.
  • Teknologi yang digunakan seperti teknologi IMPACT (Integrated Carbon Pre-Action Technology), UV Lamp Filtration, dan Carbon Block Technology, semuanya membantu memastikan penapisan air disediakan dengan standard yang sangat tinggi dan mampu menapis air daripada bakteria dan sista.
  • Dengan menggunakan sistem Sanitary Quick Change (SQC), ini juga membantu memastikan penggantian kartrij penapis air dengan mudah. Berbanding dengan jenama lain, ia adalah murah dari segi kos dan masa.
3M-CTM-01-SE
3M Countertop Drinking Water System CTM-01 SE

Jadi, jika anda ingin mencari penapis air di Malaysia, model 3M Countertop Drinking Water System CTM-01 SE yang disenaraikan di atas adalah sangat disyorkan.

Pada pandangan kami, ini adalah tawaran terbaik untuk rakyat Malaysia yang mencari penapisan air yang berkualiti dan selamat.

Soalan Lazim

Apakah jenama penapis air terbaik di Malaysia?

Sekiranya anda mencari penapis air yang mempunyai pensijilan NSF, reka bentuk moden dan penggantian kartrij yang mudah, 3M CTM-01 SE Countertop adalah pilihan yang tepat.

Adakah penapis air sama dengan pembersih air?

Kedua-dua istilah ini digunakan secara bergantian tetapi secara amnya, pembersih air lebih berkuasa dari segi merawat air.

Berapa harga penapis air pada umumnya?

Ia bergantung pada jenis penapis air. Penapis air biasa berharga sekitar RM750, sementara dispenser air sejuk panas mungkin berharga RM3000. Anda juga harus mempertimbangkan kos kartrij dalam jangka masa panjang.